BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, March 13, 2011

Sains Zaman Dahulu Vs. Sains Zaman Sekarang

Assalamualaikum W.B.T


Untuk entry kali ini, aku nak kupas sikit la pasal sains time zaman dahulu dan sains pada zaman sekarang..


Kalau kita tengok masa zaman dulu, contohnya pada zaman Ibn Sina, Ibn Khaldun, Archimedes, dan mana2 lagi tokoh yang terlibat dalam sains, mereka ini MENGKAJI. Mereka melakukan pelbagai eksperimen, dengan tujuan untuk memahami sesuatu perkara. Mereka belajar mengikut pengalaman. Mereka menggunakan kebolehan otak untuk memikir semaksimum mungkin. Daripada situlah, mereka dapat membuat penaakulan (reasoning) mengenai sesuatu fenomena. Dan inilah, pada pendapat aku, adalah cara menuntut ilmu sains dengan betul. Melalui pemikiran kritis dan kreatif, kita memikirkan sesuatu fenomena yang berlaku. Kalau kita tengok, pada zaman dahulu, para2 cendekiawan membuat kajian melalui pemerhatian, kemudian, mereka membuat hypothesis melalui pemerhatian tersebut. Dan hypothesis itu mestilah sesuatu yang boleh dikaji. Daripada situ, mereka membuat eksperimen dan kemudiannya, hasil daripada eksperimen tersebut, mereka membuat kesimpulan. Apabila sebilangan eksperimen itu menunjukkan hasil yang konsisten, satu "principle" dikeluarkan, dan jika rule itu benar2 "fit-in" dalam semua aspek yang berkaitan, ianya menjadi "rule". Kalau rule tu mmg x dapat nak ditangkis dari segala segi, ianya jadi "law". Macam tu lah proses mereka "meng-theorized" kan sesuatu perkara.

Secara alirannya, macam inilah proses pengkajian mereka :

Pemerhatian ---> Hypothesis -----> Eksperimen ------> Membuat kesimpulan ----> membuat kajian lain untuk membandingkan hasil...


Baiklah, mari kita tengok sains zaman sekarang pulak. Kita pergi ke sekolah rendah, belajar perkara yang terlampau basic gle. Then, masuk sekolah menengah, belajar ilmu sains yang lebih padat, kemudiannya, tanpa pemerhatian tentang sesuatu perkara, terus buat eksperimen berpandukan buku. Then, masuk kolej/university, membuat eksperimen untuk membuktikan yang law/rule/principle yang da dibuat itu betul. Then, terus dapat ijazah. Kalau nak buat research apa segala, kene dapatkan master/Ph.d (kalau x silap la). Pastu nak kene ade permit lagi tu. Macam susah aje. Kalau kita cuba memikirkan sesuatu perkara pada zaman sekarang ini, kita dah xleh nak buat kajian, sebab nak kena dapatkan permit dulu. Semuanya belajar berpandukan buku. Kita da x belajar berpandukan pengalaman sangat dah. Kalau kat sekolah tu, kadang2 kita dah ada idea mengenai sesuatu perkara, tapi bila kita bertanyakan pada sesetengah cikgu, mereka akan cakap, "x payah pikir panjang sangat".



Persoalannya di sini : - Bukankah memikirkan tentang sesuatu perkara ( yang boleh dikaji ) adalah sesuatu yang bagus???

- Bukankah kita sepatutnya menggalakkan generasi muda berfikiran jauh???

- Tak ingat la nie quote sape, tapi, seseorang yang quotekan bende nie pernah cakap "Experience is the best teacher". Bukankah betul apa yang diucapkan ini???

- Bukankah cara mempelajari sains adalah lebih baik dengan berdasarkan eksperimen??

- Kenapa orang zaman dahulu, lebih berfikiran kritis dan kreatif berbanding orang zaman sekarang, walaupun dunia dah maju??


Pada pendapat aku, mungkin orang zaman dulu lagi pandai dan mempunyai pemikiran yang tersangat kritis dan kreatif kerana pada zaman dulu, ilmu itu adalah sesuatu yang disanjung tinggi. Orang zaman dulu lebih mementingkan ilmu berbanding harta. Knowledge is something that they are passioned about. Mereka menggunakan harta untuk mendapatkan ilmu. Tapi kalau zaman sekarang, orang lebih mementingkan harta. Mereka menggunakan ilmu untuk mendapatkan harta. Mungkin sebab inilah orang zaman sekarang ini makin lama makin mundur. Makin jahil. Pemikiran mereka dikongkong oleh harta yang belum tentu dapat. Kalau zaman sekarang nie, bila kita cuba belajar sesuatu yang luar dari silibus@kita cuba berfikiran jauh, orang akan menghakimi kita. Diorang cakap kita gedik, mengada2, bajet pandai, mendera cikgu2 dengan soalan yang merepek2, dan macam2 lagi. WOW...sampai macam tu sekali jatuhnya taraf orang yang ingin menuntut ilmu!!!!! Zaman da makin berubah. Kita da semakin mundur. Daripada segala aspek pon, kalau kita tengok, kita da makin kebelakang.


Kesimpulannya, mentaliti manusia dah semakin mundur. Manusia makin jahil. Kebanyakan orang berfikiran kolot, dengan berpendapat bahawa apa2 yang ditulis dalam buku adalah benar, walaupun mereka tahu bahawa sesuatu itu tidak akan terjadi tanpa izin daripada Allah S.W.T.. Sampaikan pada satu tahap, ada yang betul2 mudah percaya pada perkara2 yang tidak betul dan mereka menyampaikan ilmu2 yang salah. Berbanding dengan manusia zaman dahulu (contohnya pada zaman kegemilangan Tamadun Islam), manusia berfikiran futuristik, dan kebanyakan manusia pada ketika itu beramal dengan ilmu yang telah dikurniakan oleh Allah S.W.T..


Walau apapun, ini semua hanyalah pendapat aku semata2. Tidak salah untuk memikirkan sesuatu perkara melalui perspektif yang lain, kerana, at the end of the day, what we're looking at is the same thing; viewed from a different angle. (selagi sesuatu itu tidak menyalahi sesuatu hukum agama).


Sekian,

Apa2 kesalahan yang mungkin aku ada terbuat, salah silap, tolong maafkan @ betulkan apa yang salah, sesungguhnya, yang baik itu datang daripada Allah S.W.T dan yang buruk itu datang daripada diri aku sendiri.


Assalamualaikum.

0 comments: