BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, February 26, 2011

Teori-Teori Barat Mengenai Fenomena Alam Vs. Pandangan Islam

Assalamualaikum W.B.T

Mengenai entry kali ini, aku nak mengupas dengan lebih lanjut mengenai teori-teori mengenai fenomena alam yang di kaji oleh saintis-saintis barat. Untuk pengetahuan anda semua, kita sekarang ni memang da lali dengan teori-teori mereka seperti "Theory Of Evolution, Big Bang Theory, String Theory, Molecular Orbital Theory, Newton's Theory Of Dynamics, Thermodynamics" dan macam-macam lagi.


Mungkin ada segelintir manusia yang sedar mengenai sesuatu teori-teori ini. Namun, ada juga yang tidak menyedari mengenainya.

Sebelum aku nak kupas dengan lebih mendalam mengenai isu-isu ini, mari kita tengok definisi teori.

Dari segi bahasa, teori berasal daripada perkataan Greek; Theoria, yang membawa maksud melihat. Ianya merujuk kepada kontemplasi dan spekulasi, dimana ianya berlawanan dengan tindakan/perlakuan.

Dari segi istilah sains yang digunakan sekarang, teori membawa maksud penerangan mengenai sesuatu fenomena yang dicadangkan untuk menerangkan sesuatu perkara yang terjadi.

Kenapa aku highlight perkataan dicadangkan?

Jawapannya adalah, saintis-saintis barat adalah orang yang mencadangkan sesuatu teori itu digunakan secara universal dengan menggunakan logik akal mereka sendiri. Ia adalah CADANGAN. Daripada perkataan cadangan itu sendiri, kita boleh fikir bahawa sesuatu perkara itu belum dapat dipastikan dengan betul. Mereka cuma main pakai agak-agak aja.


Tapi kenapa pada masa kini, ramai manusia yang berada di dalam ilusi mereka sendiri dimana mereka mengatakan bahawa mereka berfikir? Mereka menerangkan sesuatu perkara menggunakan teori-teori yang dicadangkan oleh saintis-saintis demikian? Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang jahil mengenai sesuatu ilmu alam. Bukan nak kata yang teori yang dicadangkan itu adalah salah, tapi, pada masa kini, orang-orang Islam sendiri tidak dapat berfikir menggunakan cara Islam. Mereka sudah mula berfikiran mengikut budaya barat, iaitu memisahkan pemikiran agama dan perkara-perkara dunia. Namun, kita pun tahu yang agama dan perkara-perkara dunia tidak dapat dipisahkan.


Pemikiran sekular semakin berleluasa. Orang Islam menggunakan logik akal semata-mata.


Yang nak dibentangkan kat sini adalah, pada pandangan aku, setiap teori itu adalah sesuatu yang dicipta oleh logik akal untuk menerangkan sesuatu perkara mengikut pemahaman mereka. Tapi boleh tak kita cakap benda ni betul? Tak boleh! Kerana ilmu kita tidak setanding ilmu Allah S.W.T. Sebab itu lah ditekankan di dalam Islam supaya kita menuntut ilmu. Tapi, ada jugak ditekankan di dalam Islam yang ilmu yang dituntut mestilah kita selarikan dengan ilmu agama. Di situlah gunanya kalam Allah S.W.T iaitu al-Quran untuk menerangkan pemikiran logik akal.

Kita pun tahu yang Allah S.W.T mengurniakan akal untuk membezakan antara yang baik dan buruk. Namun, pada masa kini, kita tak gunakan akal untuk membuat perkara ini. Sebaliknya, kita hanya menggunakan pemahaman yang dibuat melalui proses otak sahaja.

Baiklah, cukup sekadar konsep. Mari kita lihat contoh-contoh yang membuktikan kelemahan akal.

1. Darwinian Evolution : Ada yang kata Darwin mengatakan bahawa manusia dan beruk (primates) datang daripada sumber yang sama. Dia mengatakan bahawa organisma-organisma pada zaman dahulu berevolusi/berubah untuk mengadaptasikan diri dengan sekeliling. INI ADALAH TEORI! Dia nak cakap macam tu. Lantak dia lah! Dia menggunakan logik akal untuk menerangkan persamaan manusia dengan beruk dan sebagainya. Tapi kalau kita tengok balik, ada tak manusia sekarang ni yang berevolusi? Ada jadi binatang lain tak? Dia nak samakan kita dengan pokemon ke apa yang boleh berubah2 sampai begitu sekali. Tapi nak salahkan dia tak boleh juga. Sebab dia menggunakan logik akal. Kita pun tahu akal manusia ni memang lah lemah. Pemikiran manusia ini mengenai sesuatu fenomana tak mampu menandingi Allah S.W.T yang Maha Mengetahui tentang segala perkara.

2. Natural Selection seperti yang dicadangkan oleh Darwin : Natural selection atau pemilihan semula jadi yang diterangkan oleh Darwin ini mengatakan bahawa organisma yang paling "fit" akan dapat mengekalkan kemandirian (survivability) spesiesnya. Sebagai contoh, kalau kita letak kupu-kupu yang berwarna putih dengan kupu-kupu hitam pada pokok yang berwarna hitam, yang mana anda rasa dapat hidup selamat? Mesti lah warna hitam kan??? Sebab burung tak nampak yang warna hitam. Yang warna putih tu lagi kontra berbanding dengan warna hitam. Jadi, yang warna putih akan dimakan oleh burung-burung yang ada, meninggalkan kupu-kupu yang berwarna hitam. Ini lah yang diterangkan oleh teori Natural Selection. Kalu kita ikut logik akal, memang betul jugak apa yang Darwin cakap. Tapi pernahkah anda memikirkan yang itu semua memang dah ketentuan Allah S.W.T. Tanpa izinnya, memang tak berlaku apa yang disebut seperti perkara diatas. Kalau Allah S.W.T tidak mengizinkan perkara tersebut berlaku, mesti la kupu-kupu yang berwarna putih itu pun boleh hidup. Betul kan? Bila kita tengok dari segi ini, mampu tak kita terangkan dari segi logik kita sendiri? Dah tentunya tak boleh.!


Jadi, kesimpulannya, Allah S.W.T mengurniakan akal supaya manusia dapat memikirkan dan membezakan antara baik dan buruk, namun, semakin hari, semakin hilang fungsi akal yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. Kita semakin berfikir tentang sesuatu perkara secara melulu. Kita tidak lagi berfikiran seperti saintis-saintis Islam pada zaman keemasan Islam dahulu. Kita sudah memisahkan pemikiran tentang sesuatu kejadian menggunakan logik sahaja. Kita tidak lagi mengaitkan dengan agama.


Setakat itu sahajalah nukilanku pada hari ini,

Kalau aku ada salah kat bahagian mana-mana, diharap anda dapat membetulkan apa yang aku cakap, sesungguhnya aku pun mempunyai kelemahan aku sendiri.

Assalamualaikum W.B.T

0 comments: