BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, February 24, 2011

Sistem Pembelajaran Malaysia :- Konvensional

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,



Hahaha...tengok tajuk aku kat kat atas tu memang skema kan...
Sebelum aku mengupas isu yang aku nak cakap nie, first of all, aku nak bagitau terang2 yang ini adalah pendapat aku sahaja...

Ok. Berkaitan ngan tajuk kat atas tu, apa yang dimaksudkan dengan sistem pembelajaran konvensional (conventional) adalah; sistem pembelajaran sekarang yang diajar oleh guru2 @ lecturer2 di institut pembelajaran am seperti sekolah dan matrikulasi. (Mungkin ini bukan istilah yang tepat untuk digunakan, sbb, bahasa mmg bukanlah subjek terbaik aku..tak kesah la bahasa Melayu ke, inggeris ke..tapi, aku da bagitau maksud die kan....)

Ok, sebagai muqadimahnye, korang sume pon tau kan yang kat Malaysia ni kita belajar ikut peringkat2...makin lama, makin kompleks silibus kita...dan, bila kita tengok balik, bila da belajar kat tahap yang lebih tinggi, baru kita sedar yang kita diberikan maklumat yang salah (untuk sebahagian perkara) dengan tujuan untuk memudahkan pemahaman. Secara logiknya, kita boleh cakap yang silibus kita waktu sekolah kecik2 dulu menipu kita dengan fakta yang salah. Di samping itu, bila belajar, kita diajar dengan konsep "memahami cara untuk menghafal"....bukan untuk memahami...secara tak langsung, kita menghafal dan terus menghafal...

Yang nak ditekankan kat sini, pertama kita kene tengok balik objektif kita belajar :
1. Nak jadi pandai, atau
2. Nak dapat kerja bagus2, atau
3. Nak mendalami ilmu kerana agama, atau
4. Nak dapat keputusan bagus dalam peperiksaan, atau
5. Kesemua di atas.

Dalam Islam sendiri, kita ditekankan dengan pemahaman sesuatu perkara, termasuklah hukum-hakam dalam Islam itu sendiri...Nak buktikan point ini...Mari kita tengok kat situasi ini :

1. Kenapa para ulama' kene kaji al-Quran??? Jawapannya, sebab para ulama' nak memahami al-Quran. Kita sebagai orang Islam sendiri pon tahu yang al-Quran adalah kalam Allah S.W.T yang diturunkan kepada Rasulullah S.A.W untuk disampaikan kepada umatnya melalui perantaraan malaikat Jibrail. Yang nak ditekankan kat sini, cuba bayangkan kalau ulama' hanya menghafal sahaja al-Quran, tetapi tidak memahaminya. Apa akan jadi pada hukum-hukum Islam yang pada masa sekarang nie yang da dibuat fatwa melalui ijtihad atau qias?? Da tentu2nya ulama'2 yang hanya menghafal nie akan tengok apa yang tersedia ada sahaja. Kita pon tahu yang al-Quran itu sempurna, melangkaui semua aspek kehidupan. Sebab itu kita nak kene paham al-Quran itu sendiri. Macam tu la jugak dengan para ulama' yang bijak pandai. Mereka memahami al-Quran itu sendiri, dan dengan itu, mereka boleh mengeluarkan fatwa berkenaan sesuatu hukum. Sebab mereka faham tentang konsep2 dalam Islam dan hukum-hakamnya. Kalau aku nak kupas pasal hal ni sangat, aku tak mampu sebab aku tidaklah arif bila melibatkan hukum-hukum Islam. Aku tak nak la pulak tetiba dapat dosa sebab kasi maklumat salah. (Kalau ada apa yang salah kat sini diharap kalian dapat membetulkan kesalahanku ini)

2. Dalam bidang sains... Nak ambil contoh memang banyak sangat, so aku kupas sikit je kat bahagian ini. Sains sebenarnya adalah pembelajaran mengenai fenomena alam itu sendiri dengan menggunakan akal yang telah dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada manusia semua. Kita diberikan akal untuk berfikir. Dalam erti kata lain, kita guna logik akal untuk menerangkan apa yang terjadi kat dunia ni. Ini semua adalah proses pemahaman. Okay, mari kita tengok satu situasi sebagai contoh :- DULU MASA KECIK2, KITA BELAJAR SENI KAN? KITA TAHU YANG WARNA BIRU KALAU DA DICAMPUR DENGAN WARNA KUNING AKAN JADI WARNA HIJAU...BETUL KAN?? TAPI CUBA KITA RENUNGKAN KEJAP APA YANG KITA "FAHAM" TU. INI SEBENARNYA ADALAH PROSES PENGHAFALAN. KITA MEMANG DA SET KAT OTAK YANG BIRU + KUNING = HIJAU. TAPI CUBA TENGOK BILA DA MASUK MAKMAL SAINS. KALAU KITA GUNA PEMAHAMAN INI, MEMANG SALAH! CONTOHNYA, KALAU KAT MAKMAL KIMIA TU. BUKAN SATU REAKSI, CONTOHNYA CECAIR WARNA UNGU CAMPUR DENGAN CECAIR YANG TIADA WARNA. MESTI KITA AKAN CAKAP CECAIR TU AKAN JADI WARNA UNGU CAIR. TAPI INI ADALAH SALAH SAMA SEKALI! BUKAN SEMUA WARNA BILA DICAMPUR AKAN JADI MACAM TU. KALAU KITA FAHAM PASAL WARNA YANG KITA BELAJAR DULU TU, SO MEMANG BOLEH KATA YANG APA KITA BELAJAR TAK SAMA BILA MELIBATKAN FENOMENA ALAM ITU SENDIRI...(UNTUK PENGETAHUAN KALIAN, KENAPA AKU GUNAKAN SENI SEBAGAI CONTOH, SEBABNYA, SENI ITU SENDIRI ADALAH SAINS SEBENARNYA)

Baiklah, berbalik pada topik asal. Kalau kita tengok balik, situasi-situasi dalam kehidupan kita ini semuanya melibatkan pemahaman sesuatu perkara.Even belajar sejarah pon kene faham, bukan hafal membabi buta sahaja. Cuba kita kaitkan dengan sistem pembelajaran kat Malaysia ni, korang rasa kita diajar untuk faham ataupun untuk hafal sebab peperiksaan akan tanya macam tu...?????


Kalau korang tanya aku, aku akan cakap yang yang kita diajar untuk lulus peperiksaan dengan cemerlang. Bukan untuk faham, (walaupon ade sesetengah tenaga pengajar itu ajar untuk faham). Ini memang bertentangan dengan konsep menuntut ilmu dalam Islam. Kita menuntut ilmu dalam Islam mestilah dengan niat kerana Allah S.W.T. Bukan untuk lulus peperiksaan semata-mata. Sebabnya, kalau kita kupas lagi dengan mendalam isu ini, kita akan nampak yang kebanyakan orang belajar sebab nak dapat kerja bagus, nak dapat result exam gempak2, sumenya belajar untuk benda2 duniawi sahaja. Dan mereka ini, kebanyakannya tergolong dalam golong orang2 yang menghafal sahaja apa yang akan dimuntahkan di dalam kertas ujian nanti. Diorang x kesah pasal application bende2 yang die belajar kat institut pelajaran untuk kehidupan seharian.

Kenapa aku dok sibuk membebel pasal hafal2 ni? Apa kena mengenanya dengan sistem pembelajaran di Malaysia seperti yang aku letak kat tajuk di atas?
Jawapannya adalah, sistem pembelajaran Malaysia memfokuskan kepada skop "nak kurangkan peratus kegagalan dalam peperiksaan semata-mata". Dan mereka menggunakan pendekatan memudahkan silibus kita semua dan kita tidak perlu faham dahulu. Kita cuma perlu "Hafal dulu, faham kemudian". Ini memang konsep belajar yang salah.Tak percaya??? Cuba pergi sekolah menengah ke, suruh adik2 korang tanya kat cikgu soalan yang berada di luar silibus. Tengok respons diorang. Majoritinya akan cakap "Kamu tak perlu tahu tu, luar silibus la. Takkan masuk exam". Secara logiknya pon kita tahu yang pelajar nie nanti lain kali da xnak tanya soalan yang di luar silibus. Diorang akan ikut je ape yang ada dalam buku. Sebab secara psikologinya, diorang xnak terima rejection macam tu lagi. X percaya???Tanya la sape2 yang ada Ph.D dalam psikologi. Memang lumrah manusia yang diorang xnak terima rejection. Some of them would never give up until they get what they wanted, while most of them could never face that kind of embaressment they felt when they have just been rejected by others.
Nak tau apa kesannya?
Pemikiran yang terkongkong. Idea tidak dapat dikeluarkan kerana takut akan ditertawakan oleh orang lain. Seseorang itu akan menjadi lebih pasif dalam pembelajaran. Semuanya kerana apa??? Kerana kita cuma menghafal, tapi bila kita nak faham, kita akan diberi jawapan oleh tenaga pengajar supaya x payah fikir banyak sangat. Belajar je apa yang da ade terhidang kat dalam buku tempatan tu. Bukannya nak mencela sikap2 tenaga pengajar seperti itu, tapi, cuma nak katakan, mereka mengajar menggunakan pendekatan yang salah. Lagi satu aku nak tambah, kebanyakan tenaga pengajar kat negara kite ni semuanya mengajar untuk menghabiskan silibus pembelajaran. KORANG NAK PERCAYA KE TAK PASAL HAL NI TERPULANG LAH KEPADA KORANG! Aku bagi contoh la dekat peringkat matrikulasi Malaysia ni,ada segelintir (mungkin dalam kuantiti yang agak kecil,namun tidak dapat dipastikan jumlahnya), lecturer ni semua mengajar just untuk habiskan silibus. Maklum lah kan ni fast-track programe. Dalam 1 tahun tu macam2 dieorang nak kene habiskan tajuk2 tu. So lecturer ni ajar jela main pakai sedap speed die je. Janji die dapat habiskan silibus supaya mereka tidak dipersalahkan di belakang hari nanti. Bila student tanya "madam, macam mana reaction ini boleh berlaku?", lecturer ni mesti kata "awak hafal je reaction ni, tak payah nak fikir sangat, nanti kalau awak fikir banyak2 pening kepala. Lagi pun kat dalam exam die tak tanya pun. Kalau awak buat nanti dalam exam awak tak cukup masa nak habis jawab semua soalan.Lecturer sebegini tak patut jawab macam yang ni »» "awak hafal je reaction ni, tak payah nak fikir sangat, nanti kalau awak fikir banyak2 pening kepala". Respons diorang menggalakkan student untuk berhenti berfikir.

Kita dulu ada belajar sejarah pasal zaman Renaissance kan? Kita diberitahu dalam buku sejarah tingkatan 4 yang orang-orang pada zaman Renaissance itu mempunyai satu sifat murni. Iaitu, sifat inkuiri (sifat ingin tahu). Tengok la apa efek sifat ini, sesuatu tamadun menjadi maju dan aman damai. Tak macam zaman gelap. Tapi kalau kita tengok balik la kan,rasa2nya la, adakah kita mempunyai sifat itu? Ya, kita ada, tapi bukan berorientasikan pada cara yang betul. KITA INGIN TAHU APA YANG PERLU KITA TAHU @ HAFAL UNTUK JAWAB PEPERIKSAAN.


Secara logiknya lah kan, korang rase student suka hafal ke bende pelik2 yang kita belajar dalam sains???Da tentulah tak kan??kita nak paham pasal sains itu sendiri. Tapi da jadi sebaliknya.

Kalau bahagian kementerian pelajaran berbuat begini atas sebab untuk memudahkan pembelajaran, mereka punya niat da betul, tetapi menggunakan cara yang salah dan tidak efektif. Kalau nak cakap sebab apa kanak2 tak diajar bende yang rumit2 sangat, sebabnya mereka susah nak faham. TAPI KAJIAN DA MENUNJUKKAN YANG KANAK2 MEMPUNYAI OTAK YANG LEBIH AKTIF UNTUK BELAJAR BERBANDING GOLONGAN2 YANG LEBIH TUA.MEREKA INGIN TAHU TENTANG MACAM2 BENDE.tapi, kementerian mungkin berpegang pada konsep yang orang dewasa lebih mudah memahami. Ini memang betul. Tapi, cuba tengok balik diorang punya pemikiran. Sangat2 terbatas dan lambat. Tapi kalau kanak2 pulak, diorang lebih kreatif, mudah adapt dan sebagainya. Hurm, kalau nak cakap pasal nie panjang2 pun ssh, takut salah plak kan. Ni secara am je la.

Jadi, apa yang nak dirumuskan kan sini, kita tak sepatutnya diajar dengan cara menghafal secara membabi buta dan mengharapkan pelajar2 akan faham ketika di universiti nanti. Ingatlah bahawa pembelajaran sebegini menyebabkan pemikiran yang tertutup dan tidak dapat memajukan pemikiran rakyat Malaysia yang masih beberapa tahun di belakang berbanding negara2 maju. Kita tak boleh nak salahkan cikgu2 kita,walaupun sesetengah cikgu tu memang da salah, tapi, kalau nak salahkan sesuatu, salahkan diri kita sendiri atau sistem itu sendiri. Diharap pada masa akan datang, sistem pembelajaran di Malaysia dapat dibaik pulih supaya lebih efisien dan segala apa yang disampaikan adalah ilmu2 yang benar. Diharapkan perkara2 yang berkaitan silibus pembelajaran dapat diubah balik. Aku sangat berharap sangat yang silibus kat Malaysia nie makin lama makin ditambah, bukan makin dibuang,dikerat2 supaya lagi simple sampai sesuatu konsep da jadi salah, seperti yang berlaku sekarang nie.

P/S: nak dihighlightkan lagi sekali yang ini adalah pendapat aku sahaja. Harap2 aku tidak menyentuh apa2 isu sensitif kat sini, dan kalau aku ade tersentuh isu sensitif, maaf sangat2, aku tidak berniat sedemikian.

Assalamualaikum,

Yang Benar,
Allantois™




0 comments: